KEBAIKAN
- Kalau korang nak tahu sijil STPM ni adalah standard dgn sijil DIPLOMA A-LEVEL.
- Masa yang singkat di ambil untuk mendapat sijil diploma iaitu 1 tahun 1/2 sahaja berbanding mana-mana U yang mengambil masa agak lama.
- Bayaran yuran kemasukan tak lah terlalu mahal, tak ada sampai beribu-ribu pun
- Cikgu-cikgu yang mengajar korang tuh pun bukan calang-calang orang. mereka mmg di khaskan untuk mengajar pelajar tingkatan 6 je and kebanyakan cikgu yang mengajar tuh jugak hasil di lahirkan daripada tingkatan 6 so mmg xde masalah dalam sistem pembelajaran.
- Pelajar STPM juga di pisahkan daripada pelajar-pelajar lain, means segala aktiviti korang, persatuan yang di tubuhkan hanya di hadiri dengan pelajar-pelajar tingkatan 6 je lah dan senang nak grab mata koko datang je aktiviti yang cikgu korang anjurkan comfirm mata koko tuh tinggi.
- Ade MPP sendiri (Majlis Persatuan Pelajar) di sini korang akan senang dapat jawatan untuk markah koko. dan dalam MPP ni boleh bincang untuk dapatkan sponsor bagi menaja segala aktiviti yang korang anjurkan sendiri. yang ni mmg seronok! sebab kita dapat melatih diri berhadaapan dengan orang. iye lah kalau kita time form 1 - form 5 tuh kalau kita nak g rombongan ke apa ke mesti cikgu yang handlekan? tapi bila masuk form 6 korang handle sendiri. haha. terbaik!
- Sijil STPM di iktiraf hampir semua Universiti
- Pelajar Tingakatan 6 biasanya di dahulukan oleh mana-mana universiti
- Sistem tingkatan 6 yang baru ni telah di wujudkan PBS sebagai markah tambahan apabila final sem nanti dan serba sedikit dapat membantu korang naikkan pointer CGPA anda.
- CGPA rendah pun boleh di pilih untuk masuk U tau tapi harus lah LULUS setiap subjek.
- Boleh ulang subjek mana yang gagal bagi sem 1, sem 2 dan sem 3 dan di kenakan bayaran sebanyak RM50 untuk satu subjek yang di ulang.
- Dapat berjumpa rakan-rakan dari sekolah lain dan bertukar pendapat ketika belajar
- Ikatan persahabatan yang sangat kuat dalam tingkatan 6 ni. percayalah mmg sangat kuat dan kita akan kenal setiap orang dari setiap kelas, pasti korang boleh hafal nama sorang-sorang. hehe
KEBURUKAN
- Masa yang terhad untuk struggle semua subjek sebab bayangkan 4 buah buku merangkumi 4 subjek yang korang ambil dalam aliran sains, ekonomi dan sastera tuh kena habis baca dalam masa 6 bulan! 6 bulan okay? agak-agak sempat tak?
- Masih pakai pakaian seragam sekolah, bezanya colour seluar dan kain je yang lain, blue black atau black. ikut sekolah.
- Kena bayar kalau nak repeat, kalau korang gagal satu subjek dalam STPM ni kalau tak repeat hancus lah korang punya gred CGPA. sebabnya CGPA ni dia akan tambah result STPM korang dari sem 1 hinggalah ke sem 3. contoh lah, sem 1 korang dapat A untuk semua subjek so result CGPA korang tuh adalah 4 flat. misal kata kalau korang dapat sem 2 ada B ada C ada D, hahh ! mmg mempengaruhi sangat lah. kalau korang dapat subjek BM A untuk sem 1 maintain lah sampai sem 3 baru lah pointer tuh xberubah. contoh macam result una pengajian perniagaan una sem 1 B+ sem 2 A- sem 3 B+ result akhir tetap una dapat B+ so sayangkan? kena maintainkan okay?
- PBS ni paling killer.. hahaha.. kami tak tahan sebab setiap satu sem ada kerja kursus yang berbeza. kena keluar duit sikit dan kena jalan keluar berhadapan dengan orang untuk dapatkan maklumat berkaitan kerja kursus yang korang buat. dan boleh tak tidur beberapa hari di sebabkan kerja kursus ni ",)
okay kesimpulannya, mmg ramai kata tingkatan 6 ni banyak yang buruk daripada yang baik sebab apa? sebab susah. bukan lah macam tuh sebenarnya. bagi una mmg susah tapi bila korang dah masuk tingkatan 6 dah belajar korang akan faham situasi dia macam mana. mmg lah tak fofular.. orang tanya "eih, kau beljar mana?" jwb dia "aku belajar dekat universiti sekarang and so bla..bla..blaa" bile orang tanya una "eih, buat ape skrg? belajar apa?" una dengan senang hati jawab pelajar STPM. then mula lah dengar mulut-mulut tak sedap berkata betapa rendahnya mereka pandang tingkatan 6 ni. jangan pandang rendah.. tak baik lah :) yang penting nak seribu daya tak hendak seribu dalih. ingat tuh ^_^ hahh , nak tips cara belajar di form 6, jom baca entry nie --> Cara belajar dalam STPM untuk sistem baru
sekarang dah tak pakai pakaian seragam sekolah. berpakaian formal =D
ReplyDeletewahhh..serius ke dah pakai pakaian formal? una dulu first batch untuk sistem yg baru ni.. baru masuk tetiba kena belajar ikut sem.. hahaha.. kalau dh berpakaian formal mmg terbaik! dapat tarik ramai lagi student masuk form 6! huhu
DeleteKalau tak silap akak PC..STPM ni peperiksaan ke 6 yang paling susah di dunia..tapi sekarang lebih mudah kerana ikut sistem semester..berbanding dulu..exam kena fokus semua buku..awal tahun hingga final year..upper six..ada sekolah yang form six dibenarkan pakai baju biasa..stail u..colourful and flowerful..apa pun fokus ye..jangan putus asa tau..
ReplyDeletemmg susah kak.. dlu lagi sush.. kira skrg dah di ringankan jugak.. dlu study bagai nak rak setahun setengah then final exam.. fuhh.. lap peluh! betul tuh kak kite kene keep fokus.. thanks yer kak ;-)
DeleteWah banyak membantu.. mmg betul ramai yg kata susah.tp bagi saya..bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian..but the reward is soo good.tapi kan akak orang kata susah..susah tu tahap macam mana ye?
ReplyDeleteartikel yg sangat membantu..open my wide view range on Form 6.Ramai orang berckap negatif psal Stpm.. Bagi saya bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian..tapi kan saya terfikir Stpm tu susah dia tahap mcm mne ye?
ReplyDeletebagi akak.. susah dia tuh maybe dari segi membaca.. sebab subjek form 6 mmg banyak mengahafal.. dan juga kerja2 kursus lain.. siapkan assignment sampai xtdoe malam.. dan belajar hanya selama 6 bulan dan lepas tu exam.. tapi sistem baru form 6 ni bagus.. sbb setaraf dengan U.. jadi bila kita masuk U mmg kita akn biasa.. berbanding form 6 waktu dulu yang perlukan kita belajar setahun setgh dan exam.. tapi.. semuanya susah dik.. apa yang jadikan subjek tuh senang ialah kita usaha.. buat sehabis baik.. jadikan ibu bapa motif utama kita berjaya.. :D
DeleteYes dapat form 6.. Nak tebus spm yg terlalu " lulus " gitu.. Jap akak, stpm kalau kite dapat 4.00 bole apply ke over seashell x ?
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah dik :D semoga dua kaki akan melangkah ke dunia U.. good luck dik! sambung ijazah cepat2.. hehe.. akak xsure yg tuh.. maybe boleh sbb 4.00 flat kan? in shaa Allah rezeki ada.. yg penting usaha yg terbaik! hehe :D
DeleteAkak.. Saye dapat form 6, stat 5 mei.. Doakan saye ye..
ReplyDeleteSalam akak.. Doakan saye yg terbaik 5 mei ni
ReplyDeletesaya pon dapat............. kena pakai baju apa.. dia tuis baju sopan dan kemas
Deleteseragam sekolah ke?
akak rasa pakai baju biasa.. xde baju seragam.. mungkin baju kurung bagi perempuan dan lelaki baju berkolar atau baju kemeja dan sluar slack :D
Deleteassalam akk...saya pelajar lepasam spm 2014..saya x diberi tawaran ke tingkatan 6 kerana saya dpt matrik...saya dh buat rayuan...akk rasa rayuan saya diterima atau x??
ReplyDeleteassalam akk...saya pelajar lepasam spm 2014..saya x diberi tawaran ke tingkatan 6 kerana saya dpt matrik...saya dh buat rayuan...akk rasa rayuan saya diterima atau x??
ReplyDeleteassalam akk...saya pelajar lepasam spm 2014..saya x diberi tawaran ke tingkatan 6 kerana saya dpt matrik...saya dh buat rayuan...akk rasa rayuan saya diterima atau x??
ReplyDeletekak sekarang belajar di u mana ?
ReplyDeleteakak skrang belajar dekat umk :D
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteKak husna...
Saya merupakan pelajar lepasan spm... saya dapat 6A.. saya nak masuk tingkatan enam. Namun, ibu saya melarang kerana tingkatan enam tidak glamor. Malah, makcik2 saya selalu kutuk saya sebab saya nak masuk tingkatan enam.. mereka mengatakan keputusan spm saya ni palsu sebab bagi mereka tak kan budak pandai nak masuk tingkatan enam.. makcik2 asyk perli je.. itu sebab Umie saya tak bagi. Umie suruh masuk ipg tapi ipg lama lima tahun... dan hanya mengajar sekolah rendah...
Tolong lah beri cadangan dan nasihat yang terbaik untuk saya lakukan sekarang. Saya dah buntu sangat.. harus memilih ipg atau tingkatan enam.
:'(
#batch98
Form6 memang susah. Lelagi bila nak masuk sem 2 lagi stress dibuatnya. Sem 1 kena pulun. Dulu memang ada give up taknak belajar form6 pesemua. Tapi betul lah nawaitu kena betul.
ReplyDelete