Myinvitepay.com.. betul atau tidak?

Assalammualaikum and Hello Blogger's//
Hai semuaa? *lambai sikit* korang pernah dengar tak tentang Myinvitepay.com ni? actually una baru je dengar hari ni. kawan una yang introduce. una try search tentang web ni. apa yang una faham kita bekerja dengan diorang untuk promote diorang punya web. Duit pula di beri dalam bentuk USD. sekali sign up dapat 25USD bersamaan dengan RM85.00ringgit Malaysia. Ramai yang kata benda ni scam. Sekali klik pulak kita dapat 10USD. Una cuba nak uji kaji benda ni. Dia kata kalau dah sampai 500USD baru kita boleh cash out. Dia takkan minta Butiran peribadi korang. Macam no akaun ke ape ke. Just sign up je. Bila korang dah reach until 500USD baru ada form untuk withdrawal sama ada melalui cek, paypal atau bank in. soo, hari ni una nak try experiment sikit link ni. Pada yang sudi click link ni una sangat-sangat berterima kasih. Pada yang sudi beri pandangan pun terima kasih. Mana tahu program ni betul korang boleh join dan dapat jana pendapatan tanpa Produk.
FOR SURE UNA NAK TEGASKAN! TIADA PAKSAAN SEBAB UNA JUST NAK UJI KAJI THIS PROGRAM. SO KALAU SUDI CLICK. TERIMA KASIH CHU'OLLS SEMUAA~
(link telah di padam kerana uji kaji dah berjaya,jangan mudah percaya dengan bisnes sekarang okay)

UPDATE : 28/2/2015 - 2:06PM
Uji kaji pertama.. Hasil click hari ini :
UPDATE : 28/2/2015 - 3.44PM
Jawapan :
Lepas una dah buat uji kaji baru una tau.. Laman web ni just scam. And please and please jangan percaya.. Una join sebab kawan una dah join so una nak cari kesahihan sendiri. Mana ada perniagaan yang xperlukan modal? Lepas tu just main click2 link. Jangan mudah terpedaya okay? Pastikan kita selidik dulu sesuatu perniagaan tu sebelum join. So now, pegi bagitahu siapa-siapa geng korang yang join benda ni. Una tercari-cari siapa yg pernah join benda ni n kebetulan ada kawan una komen di ruangan we chat una dan ini kata dia :
Antara respon yang telah diberikan oleh kawan una.. tq guys for helping me find the answer
Ini pulak gambar yang unda dapat daripada research di internet pulak..
Nota bit bot :
So, moral of the story. Jangan buang masa :D sebab semua ni hanya scam. So don't trust this link. Kita nak cari duit boleh tapi kena betul-betul selidik tentang sesebuah perniagaan tuh supaya kita tidak di tipu dan di perbodohkan macam ni. BERHATI-HATI okay semuaa ^_^ May Allah protect all of us.. and sorry for those yang dah tekan link and sign up. TQ for giving some feedback to me.

Obsession in PINK.. saya sangat suka warna PINK!

Assalammualaikum and Hello Blogger's//
Hai.. apa khabar semua? sihat? Alhamdulillah syukur pada Allah masih di beri peluang untuk bernafas.. jadi hari ini apa yang una nak sharekan bersama korang semua ialah tentang my obsession in PINK.. haha.. macam yang kita semua tahu semua ada warna kegemaran masing-masing kan? sama lah macam una.. tak tahu kenapa terlalu sukakan warna pink ni.. sampaikan semua barang yang una beli semuanya harus berwarna pink.. tapi una rasa lebih kepada aksesori.. pakaian una selesa pakai semua jenis warna.. sebab una suka cuba warna yang berbeza-beza setiap hari.. love to be colourful.. tengok blog una pun mesti korang dah boleh agak.. hehe.. dari dulu sampai sekarang.. kalau edit blog xpernah lari dari warna pink.. so, korang macam mana? suka warna apa? share sikit..

Bagi una warna pink ni bukan lah warna kegemaran wanita sahaja.. betulkan? ramai sangat lelaki yang kita tengok sama-sama minat warna pink.. bukan sebab mereka lembut ke apa, buang.. buang.. buangg that negative thinking! kita berhak nak suka warna apa pun.. sebab itu satu kepuasan! hehe.. so, sini meh tengok collection una yang berwarna pink colour~ huhu :

hehe.. All my stuff yang warna pinky minky.. una memang sangat2 mudah tertarik dengan warna pink.. pantang nampak.. so siapa peminat warna pink?? okay kita sama! sepppppp! una sertakan maksud personaliti kita melalui warna :
Emosi (Warna Diri - Merah Jambu)
Anda merupakan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran yang terbuka. Anda memahami perasaan orang lain dan begitu rasional dalam membuat sebarang keputusan yang lebih menguntungkan dan bertahan dalam jangka masa panjang. Anda juga seorang yang matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah. Anda tersendiri dan meminati bidang kreatif. Anda mempunyai kuasa membuat berbagai jenis perubahan demi perubahan yang drastik dan berterusan.
Gaya Berfikir
Individu-individu bertahap emosional bersifat imaginatif, inovatif, intuitif, artistik dan berfikir berasaskan visual. Mereka sangat bagus dalam kebolehan-kebolehan sintesis dan konseptual. Mereka juga mempunyai pandangan yang bersepadu dan lebih komprehensif di dalam apa-apa keadaan / situasi dan masalah. Mereka berkebolehan dalam membuat pertimbangan, mempunyai pandangan luas dan berfikir secara strategik. Mereka bagus dalam mengumpul, menggabung, membanding dan menyusun semula idea-idea yang membolehkan mereka melahirkan konsep-konsep yang unik dan dinamik. Mereka lebih suka bekerja secara bebas, mengikuti cara mereka sendiri berbanding melihat penyelesaian yang telah sedia ada dan sering mengambil risiko dan memecah tradisi yang menghalang / melembabkan kemajuan.
Elemen - Api;
Unsur - Oksigen;
Sifat - Sabar;
Golongan - Tariqat
so enjoy your colourful of life..

February Giveaway by Mellya and Friends

Assalammualaikum and Hye Blogger's//
Click banner untuk ke Blog Tuan tanah :D

Hai korang! jom cepat grab this oppurtunity.. join laju2! hadiah dia pun best-best.. tarikh tamat pun lama lagi tau! nak tau lebih lanjut laju2 terjah blog comel Tuan Tanah..

soo, syaratnya kita nak kene tag sorang tuk join, jadi una pick up randomly by cbox.. so una nak tag :

TUTORIAL : Cantikkan comment box 2

Assalammualaikum and Hye Blogger's//

Hari ni, una nak buat tutorial untuk korang cantikkan kotak komen korang. cara-caranya ialah :

1.DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML > tekan ctrl + F dan cari code ini :
/* Comments
dah dapat cari kannn ? then nanti korang akan jumpa dengan anak-anakcoding dia kan ? delete je sume code yang ade kat bawah tuh then korunk ganty kan dengan coding baru yang una bagi ni :) okee ?
.h4 {
background:#fff;
text-align:center;
color:#fff;
text-shadow:2px 2px 3px #888;
font:30px ttn !important;

.comments {
-moz-border-radius: 10px;
-webkit-border-radius: 10px;
background: #ffffff;
border:0px solid #E0ECF8;
padding: 10px;

.comment-content{
background:#FEF3F3;
padding:13px;
border-radius:10px;
color:#666;
border:3px dashed #FEE8E8;

.datetime{
background:#fff;
padding:5px;border:2px solid #FEE8E8;
float:right;
border-radius:10px;
font:10px arial;
margin-top:10px;

.secondary-text{
padding:5px;
background:#fff;
border-radius:5px;
float:-left;
border-bottom:2px solid #FEE8E8;

.avatar-image-container{
background:#FFE2E2;padding:6px;border-radius:50%;

.avatar-image-container img{
-webkit-transition: all 0.8s ease-out;
-moz-transition: all 0.8s ease-out;
transition: all 0.8s ease-out;
border-radius:50%;

.avatar-image-container img:hover{
border-radius:50%;
transform: rotate(360deg) ;
-webkit-transform: rotate(360deg) ;
-moz-transform: rotate(360deg) ;
-o-transform: rotate(360deg) ;
-ms-transform: rotate(360deg) ;

.comments .comments-content .loadmore a {
border-top: 1px solid #FFF;
border-bottom:2px solid #FEC9C9;

.comments .comment-thread.inline-thread {
background-color: #FFF7F7;

.comments .continue {
border-top:2px solid #FEC9C9;

#comments {
height:300px;
overflow:auto;

Korang tweak code dia je ya untuk ubah background colour, or apa-apa pun. semoga membantu. kalau tak faham silakan bertanya una :D

Keindahan FRIM, Kepong.. walk..walk.. canopy walk ~

Assalammualaikum and Hye blogger's//

Apa khabar orang kampung sekalian ! hehe.. semalam una menelajah ke FRIM, KEPONG! Tempat yang sangat-sangat indah. Dulu pun pernah pergi dah tapi tahun 2008.. hahaha! punya lama kot tuh kan? jadi bila sampai je kat FRIM tadi rasa macam woww! terkejut sekejap sebab banyak sangat dah berubah.. una pergi bersama dua orang rakan baik sejak sekolah menengah lagi iaitu wahida dan intan. sepatutnya ada empat tapi lagi sorang ada dekat kampung jadi tak dapatlah nak berkepit macam belangkas.. hehe :D

Nak di jadikan cerita una lupa FRIM tu tempat orang daki-daki bukit. dan yang paling seronok siap pakai skirt dan blouse segala bagai. haha. buat lawak pepagi buta dengan member. dan mula lah gelabah cari tandas berdekatan tukar baju! fuhh, nasib sempat tukar baju.. hehe.. gerak dari Bukit Sentosa pukul 7.30 mcm tuh. rempuh jem sana jem sini tunggu kawan adalah sampai dalam pukul 9.30 mcm tuh.

ini lah kawan-kawan gemok's sekalian! yang kiri tuh intan dan yg kanan wa, dan yg tgh2 tuh haruslah una :D

muka excited sebab dah sampai FRIM. nak masuk kene charge.. satu kereta RM5.00 dan RM1.00 per person. dan tiket untuk nak naik canopy walk bernilai RM5.00.

Sampai je sini semangat cari tempat nak beli tiket canopy walk. berpusing sana sini okay kami semua. dari satu station ke satu station and at last jumpa jugak.. fuhh!

Daki punya daki so, jumpa lah kami jalan untuk menuju ke CANOPY WALK. eih, tak sampai lagi tuh tau. baru buat pit stop dekat signboard je jadi muka masih segar.. peace!

dan peace lagi :D

hahhhhh.. yg ni hasil muka setelah kepenatan sesak nafas segala bagai.. peluh jangan cakap bagaikan air terjun membasahi diriku ini T_T

dan.. TARAAAAAAA! akhirnya berkat kesabaran.. Alhamdulillah.. berjaya sampai di titian CANOPY WALK.. dengan rasa riang kanak-kanak ribena senyum lebarnyaaa berjalan lah di atas titian tersebut..
dan sampai di platform melihat pemandangan kawasan KL.. mmg enjoy sangat!

tempat ni sangat sesuai lah bagi family yang nak luangkan masa bersama tu.. dapat isi cuti anak-anak dengan lakukan sukan yang bermanfaat macam ni.. keluarkan peluh pun yer.. bdn cergas pun yer.. dan yang penting ikatan silaturrahim antara keluarga atau rakan-rakan akan lebih erat!

nak tahu lebih lanjut tentang FRIM, KEPONG.. meh terjah link dekat bawah ni -->>

TUTORIAL : Horizontal Menu Bar

Assalammualaikum and Hye Blogger's//

Nampak x gambar di atas? Hari ni kita belajar tutorial nak buat horizontal menu bar/menu bar mendatar macam yang di atas ya. Jadi, jom mulakan :
• Pertama korunk kene Sign in Blog dulu lah kan ? then pergi ke DESIGN > ADD A GADGET > HTML/JavaScript
• Then korunk copy & paste code dekat bawah ni okey??

PERKATAAN ANDA
PERKATAAN ANDA
PERKATAAN ANDA
PERKATAAN ANDA
PERKATAAN ANDA
PERKATAAN ANDA
PERKATAAN ANDA

• OKAY! Dah selesai copy paste now save dan view blog korang. Kalau nak cantikkan navbar tuh korang ubah je mana yang una higlight kan tuh yer? :D semoga dapat membantu

ungu : untuk bahagian backgroun navbar
hijau : untuk bahagian yang bila cursor sentuh link
kuning : bahagian lebar dan background luar navbar

NOTA BIT BOT :
Kena pandai mix and match tau! tq guys

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

Assalammualaikum and Hello Blogger's

Jom join giveaway ni. Kot2 rezeki mana lah tahu. Boleh ramah tamah dengan blogger lain jugak. JOM3! Click je banner dekat atas untuk join. Esok dah date dia. sempat lagi tau! cepat3.. hehe..