Ehem-ehem! hai semuaaa! harap semua pembaca hari ini di kurniakan kesihatan yang sangat baik! aamin.. dah baca tajuk? ahah! anda semua pernah dengar apa itu Diet Atkins?? okay, xtahu? xpe. meh baca info sikit tentang Diet Atkins :
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Untuk meringkaskan cerita Diet Atkins ni merupakan satu diet di mana kita mengurangkan pengambilan karbohidrat di mana kita hadkan dalam 20gm sahaja. Diet Atkins juga ada beberapa fasa. yang di mulakan dengan Fasa induction selama 2 minggu. untuk maklumat lebih detail korang boleh ke blog ni --> http://bicikut.blogspot.com/ banyak sangat maklumat berguna korang boleh peroleh untuk diet. Ramadhan dah makin menjelma,Syawal juga bakal menjelma! apa lagi kawan-kawan. Tak nak pakai baju cantik-cantik dan comel-comel? hehe..
una masih di fasa pertama, dan baru seminggu. Alhamdulillah dalam masa seminggu dah turun 4kg. Terkejut jugak tengok berat turun mendadak. Baju pun dah longgar sikit. Tapi aipp! jangan cepat berpuas hati. Tuh tengok gmbr atas tuh xtahu ade beza ke tak, sebab baru seminggu kan? Berat una reduce dari 74kg - 70kg. Tapi una sndiri dapt rasa yang baju semakin longgar. Alhamdulillah, jadi sekarang una masih meneruskan misi. Nak sihatkan? Kena usaha lebih sikit. Badan una start naik sebab pengambilan ubat selama 6 bulan. wuu! lama kan? dan alhamdulillah, skrg dah stop ubat, Allah beri semula kesihatan yang baik. Syukur pada Allah, dan skrg! bermula lah misi nak dapatkan BMI normal. jom kawan-kawan mari sihat bersama una. hehe.
TIPS PEMAKANAN SAYA
- Sarapan - 2 biji telur rebus, air kosong
- Makanan tengahari - Lauk ayam/ikan/daging dan disertakan dengan sayur, air kosong
- Makan malam - Sup daging/ayam dan Tom yam daging/ayam sayur lebih! air kosong
Ini lah makanan una setiap hari, selama seminggu ini yang una amalkan. Badan kita dah lama makan sedap-sedap, makan benda yang menggemukkan. Berhentilah, dan cuba cari alternatif untuk sihat. Una sejak dari kecil badan besar. Harap una akan terus istiqamah. air jangan lupa setiap 25kg berat kita, bdn kita memerlukan 1 liter air. jadi kiralah berat korang dan minum lah air ikut berat bdn korang. Minum air kosong banyakk sangatt khasiat dia. Say BYE BYE pada cik karbo dan gula.
SELAMAT BERJAYA rakan-rakan Diet.
Wahhh, mmg berkesan diet atkins ni. Mmg kak Una totally cut down sugar intake ke? Berminat nak kurus jugak hehe. sebab berat badan dah naik T^T
ReplyDeleteyupp, alhamdulillah.. cuma jgn putus asa.. yes, akak xamek langsung.. banyak kan air kosong.. lapar je minum air kosong.. bila dah lama nnti adik xde ase nak amek minuman manis dah.. hehe..
Deletewahh..nampak hasil dah...keep it up sis..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. masih meneruskan misi! chaiyokk.. tq :D
Deletesmggu 4kg wow best.. keep it up una!! fighting!!
ReplyDeletehuhu.. saya pun xsangka.. alhamdulillah.. tq.. fighting fighting!!! harap boleh turun lagi supaya ringan bdn nak bergerak sana sini.. hehehe
Deletehuh, moi pon boleh la try pasni hehe
ReplyDeleteDah join group facebook Kelab Diet Atkins Malaysia? Bicikut tu la founder group tu. Lg berapi tgk kat sana ramai share feedback DA. Btw una smgt kuat. Akk byk kali try asyik gagal je T_T
ReplyDeletehehehehe.. dah kakk! una dah join dah,.. mmg dari situ kita dapat semangat hari2.. ni dah puasa ke-8.. alhamdulillah una masih bertahan.. hee :D
Deletememang bagus n pasti kurus tapi fiza mampu bertahan 2minggu jek..huhu
ReplyDelete