TIPS : Cara ulangkaji subjek Form 6

Assalammualaikum and Hello Bloggers//

Hai, kita jumpa lagi. Okay kali ni una nak share dengan adik-adik semua macam mana kita nak ulangkaji dalam subjek-subjek form 6. Yes, una sangat faham yang masa kita belajar di form 6 ni memang sangat-sangat singkat. Mana tak nya, mana nak kejar semua subjek tuh dalam masa 6 bulan je, huishh.. serabut tuh serabut. Belum lagi yang ada pegang jawatan dalam kelab apa-apa. Yang penting pengurusan masa tuh yer adik-adik. 

Maaf, jujur una cakap una bukan yang jenis 24 jam mengadap buku yang tebal-tebal tu. haha! keputusan una pun cukup-cukup makan sahaja. Tapi in shaa Allah pengalaman yang una ada selama belajar di form 6 ni mungkin dapat membantu adik-adik semua untuk cuba belajar dalam setiap subjek berdasarkan aliran masing-masing. 

Una dulu berada di dalam aliran Sains Sosial, dalam aliran kemanusiaan di mana una ambil subjek Pengajian Perniagaan, Geografi, Bahasa Melayu dan satu subjek wajib, Pengajian Am. Bayangkan macam mana nak struggle ke empat-empat paper ni dalam masa 6 bulan. Yer, nampak sikit kan? 4 paper je pun, U belajar lagi banyak kot. 5/6 paper untuk tempoh 6 bulan. Setakat apa yang una belajar di U, una masih rasa zaman form 6 adalah zaman kau kene hadapt buka doplohpatjam! hahaha. 

Dekat U, 6 bulan belajar kau ade spot soalan. Dalam form 6 tak dok dik. tak dok. Kalau ada pun belum tentu yang tuh masuk bulat-bulat. Lain kau baca lain kau jawab. Tapi both ada pro and cons. Ingat una kata yang penting usaha kita! banyak kali una ulang sepanjang memberi tips dalam pembelajaran tingkatan 6. Okay jom kita teruskan dengan topik kita.

Adik-adik boleh cuba cara ni, kalau dapat membantu Alhamdulillah and pada adik-adik semester 3 sekarang yang akan menduduki peperiksaan akhir tak lama lagi GOOD LUCK TAU! so, jom tengok :

PENGAJIAN PERNIAGAAN
  • Subjek fav una! haha. Dalam subjek ni banyakkan fokus pada cikgu yang ajar korang tuh. Apa yang dia cakap, sebutir perkataan pun korang consider semua tu penting. 
  • Buka buku, baca dan baca. kalau rasa stuck sangat, panggil kawan duduk sebelah pastu share apa yang korang faham dalam satu sub topik tuh. 
  • Faham dan bukan menghafal
  • Letakkan diri korang sebagai usahawan tuh sendiri, dan explore setiap topik yang korang sedang belajar. Contoh, bawah Topik "Rancangan Perniagaan" jadi korang masukan diri korang dalam situasi ni, macam mana nak handle company, korang kena tahu latar belakang company korang, macam mana operasi perniagaan berfungsi. jadi apabila korang meletakkan diri korang sebagai usahawan tersebut automatik korang akan lebih faham berbanding korang hanya menghafal setiap step dalam RP.
BAHASA MELAYU
  • Pastikan korang semua faham apa yang di maksudkan oleh soalan sebab kadang-kadang dia akan trick kita. 
  • Jangan ingat kita faham sesuatu perkataan tuh kita boleh hentam je maksud dia, check semula
  • banyakkan rujuk kamus dewan untuk dapatkan perkataan-perkataan bombastik supaya bila korang karang karangan pemeriksa kertas soalan akan rasa seronok nak baca hasil karya korang.
  • Sentiasa berhubung dengan guru yang mengajar korang, minta cikgu-cikgu korang tunjuk dan perbetulkan kesalahan yang korang buat."yang ni sangat membantu sebab cikgu bm una sangat membantu anak-anak muridnya, dia akan bagitahu kenapa ayat tuh salah dan kenapa ayat ni betul"
  • Pastikan segala karangan yang di karang mempunyai fakta yang sahih dan maksud yang diberikan adalah di ambil betul-betul dari kamus dewan.
GEOGRAFI
  • Geografi ni subjek yang berkaitan dengan dunia, jadi ambil tahu hal semasa yang terjadi dalam dunia. Contoh, isu pencemaran alam sekitar, banjir dan sebagainya. Jadi daripada sini korang boleh tahu setiap bencana yang berlaku tu ada punca dia yang berkaitan dengan alam sekitar.
  • Biasakan dengan gambar-gambar permukaan bumi, yang ni kena hafal, perkataan-perkataan saintifik yang digunakan jangan sesekali lupa. 
PENGAJIAN AM
  • PA adalah satu subjek yang korang wajib lulus, sebab subjek PA ni akan menentukan sijil korang gagal atau lulus.
  • Subjek PA ni lebih kepada pengetahuan am korang tentang dunia, pastikan korang banyak membaca suratkhabar atau menonto berita sebagai input untuk korang ketahui apa yang sedang terjadi dalam dunia kita hari ini.
  • Jangan lupa tentang graf, ambil tahu jenis-jenis graf yang perlu di gunakan untuk plot setiap isi yang berbza, contohnya carta pai, graf bar, graf garis dan sebagainya. 
  • Bawa alatan untuk melukis graf bersama.
Ni lah cara una belajar waktu form 6 dulu. una lebih suka belajar dengan partner bila ada sub topik yang tak berapa faham. Tapi ada waktunya una memang jenis suka duduk bersendirian, buat nota kecik2, lipat2 dan tulis. Belajar buat AKRONIM atau lebih dikenali sebagai singkatan perkataan. una pasti korang akan cepat hafal Fakta. pastikan korang menghafal fakta-fakta dan untuk isinya fahamkan kalau boleh yang pasti jangan hafal doplohpatjam. Untuk subjek kira-kira, pastikan formula tuh korang hafal. kalau formula dah di beri ingat step jangan skip selangkah pun.

Jangan study hard tapi tak faham apa tapi study smart supaya masa yang korang gunakan tuh berkualiti untuk korang keluarkan segala input yang korang keluarkan menjadi output yang the best. Yang paling penting, anggaplah guru yang mengajar korang tuh sperti ibu bapa korang, hormat mereka, supaya ilmu tuh lebih berkat. Ingat tau adik-adik, nak berjaya kene lalui benda yang susah dulu. Orang yang kaya tuh tak semestinya dia terus kaya. Zaman nenek moyang dia dulu-dulu mesti berhempas pulas sampailah generasi dia yang sekarang hidup senang lenang.

"BELAJARLAH KERANA INGINKAN ILMU BUKAN KERANA BELAJAR KERANA INGIN DISANJUNG, JATUH SEKALI BANGUN, JANGAN TERUS DUDUK TERMENUNG, USAHA SAMPAI DAPAT! SELAGI TAK DAPAT KEJAR, YANG PASTI DENGAN CARA YANG DIREDHAI ALLAH :D"

TIPS : Repeat paper FORM 6? TAK PANDAI KE? NOPE! JANGAN MENGALAH!

Assalammualaikum and hello bloggers//

Hai semuaa! apa khabar? Sihat tak? una dapat banyak sangat soalan dari adik-adik tentang STPM ataupun lebih dikenali sebagai pelajar Form 6! TAHNIAH! una ucapkan pada yang berjaya melanjutkan pelajaran adik-adik semua ke universiti, politeknik, matrikulasi, form 6 dan sebagainya.

hahhh! jangan tau cuba membeza-bezakan setiap institusi yang kita pergi.

"eihh, kau pandai sebab tuh masuk U"
"eihh, form 6 tuh susah. Tak payah lah masuk. kang sijil tak laku!"
"eihh, sambung diploma lama ah. pastuh dh habis degree lagi. aduh banyak lah nak pinjam ptptn"

well, benda-benda ni memang akan selalu berkumandang di telinga kita bila tiba je musim keputusan UPU di umumkan. Adik-adik kena ingat tau, rezeki tuh Allah dah tetapkan sebaiknya untuk kita. Kita dapat U ke form 6 ke ape ke, semua sama, yang penting tuh usaha kita nak dapatkan kejayaan tuh. Jangan pernah rasa rendah diri dengan setiap apa yang kita peroleh. 

Eihh, terlajak kaunseling pulak. hehehe. Sebenarnya topik yang una nak cakap hari ni tuh dekat tajuk tuh. REPEAT PAPER FORM 6 SEBAB RESULT TAK CUN! Adik-adik jangan rasa rendah diri. Sekali kita gagal tak selamanya kita gagal. Dulu masa una form 6 kawan una repeat semua paper sem 1 dan sem 2. Sekarang alhamdulillah dia dah masuk U sambung degree tau. Una pun ada repeat paper jugak waktu form 6. Kadang ada orang repeat paper sebab dia nak naikkan pointer so jangan rasa rendah diri. Bukan kita tak pandai, cuma kita ni kena usaha lebih sikit je dari orang lain untuk dapat apa yang kita nak.

Ingat tau, terapkan kemahiran dalam diri, tingkatkan rasa insaniah dalam diri, yang penting pegang pada agama dan jangan jadikan pointer sebagai sandaran supaya semua orang sanjung tinggi pada kita. 3 pointer 2 pointer semua sama. Jadi manusia yang serba serbi boleh. Ada ilmunya, ada kemahirannya dan ada agamanya yang paling penting. 

Setakat awok dapat 3 pointer ke atas hasil tiru assignment kawan, tiru jawapan masa exam, passing assignment awok kat orang lain tuh jangan haraplah yer. Nanti awok masuk dalam alam pekerjaan awak merana nanti orang suruh tuh tak reti orang suruh ni tak reti. 

Apa-apa pun, kalau kita kena duduki peperiksaan ulangan jangan rasa rendah diri tau. kita tahu kemampuan kita. Biar orang nak kata tak pandai ke apa sebab asyik ulang je. Hahh, ingat tak waktu kita masih bayi, nak belajar berjalan, jalan terkedek-kedek, satu dua langkah oppss terjatuh tersungkur tergolek tau lepas tuh baru lah kita pandai berjalan dengan machonya sebabnya! kita buat benda tuh berulang-ulang. Dah jatuh mesti kita nak bangun lagi kan? Sampai kita berjaya. so macam tuh lah kita dengan kehidupan :D dan juga pelajaran.

JANGAN PERNAH PUTUS ASA TAU! YAKIN BOLEH :) SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT ADIK-ADIK :D AAMIIN.....