TIPS : Kebaikan dan keburukan Tingkatan 6

Assalammualaikum and Hello to all bloggers.. hari ni una kembali lagi nak share dengan u'ollsss semua tentang KEBAIKAN dan KEBURUKAN belajar di Tingkatan 6.. Biasa lah tuh mana-mana tempat belajar ada pro and contra dia, betul dak? bagi una semuanya sama balance, ye lah una pun dah tempuhkan jadi pelajar tingkatan 6 ni. so una nak share dengan korang lah mana baiknya mana buruknya.. so jom start ^_^

KEBAIKAN
  • Kalau korang nak tahu sijil STPM ni adalah standard dgn sijil DIPLOMA A-LEVEL. 
  • Masa yang singkat di ambil untuk mendapat sijil diploma iaitu 1 tahun 1/2 sahaja berbanding mana-mana U yang mengambil masa agak lama.
  • Bayaran yuran kemasukan tak lah terlalu mahal, tak ada sampai beribu-ribu pun
  • Cikgu-cikgu yang mengajar korang tuh pun bukan calang-calang orang. mereka mmg di khaskan untuk mengajar pelajar tingkatan 6 je and kebanyakan cikgu yang mengajar tuh jugak hasil di lahirkan daripada tingkatan 6 so mmg xde masalah dalam sistem pembelajaran.
  • Pelajar STPM juga di pisahkan daripada pelajar-pelajar lain, means segala aktiviti korang, persatuan yang di tubuhkan hanya di hadiri dengan pelajar-pelajar tingkatan 6 je lah dan senang nak grab mata koko datang je aktiviti yang cikgu korang anjurkan comfirm mata koko tuh tinggi.
  • Ade MPP sendiri (Majlis Persatuan Pelajar) di sini korang akan senang dapat jawatan untuk markah koko. dan dalam MPP ni boleh bincang untuk dapatkan sponsor bagi menaja segala aktiviti yang korang anjurkan sendiri. yang ni mmg seronok! sebab kita dapat melatih diri berhadaapan dengan orang. iye lah kalau kita time form 1 - form 5 tuh kalau kita nak g rombongan ke apa ke mesti cikgu yang handlekan? tapi bila masuk form 6 korang handle sendiri. haha. terbaik!
  • Sijil STPM di iktiraf hampir semua Universiti
  • Pelajar Tingakatan 6 biasanya di dahulukan oleh mana-mana universiti
  • Sistem tingkatan 6 yang baru ni telah di wujudkan PBS sebagai markah tambahan apabila final sem nanti dan serba sedikit dapat membantu korang naikkan pointer CGPA anda.
  • CGPA rendah pun boleh di pilih untuk masuk U tau tapi harus lah LULUS setiap subjek.
  • Boleh ulang subjek mana yang gagal bagi sem 1, sem 2 dan sem 3 dan di kenakan bayaran sebanyak RM50 untuk satu subjek yang di ulang.
  • Dapat berjumpa rakan-rakan dari sekolah lain dan bertukar pendapat ketika belajar
  • Ikatan persahabatan yang sangat kuat dalam tingkatan 6 ni. percayalah mmg sangat kuat dan kita akan kenal setiap orang dari setiap kelas, pasti korang boleh hafal nama sorang-sorang. hehe
KEBURUKAN
  • Masa yang terhad untuk struggle semua subjek sebab bayangkan 4 buah buku merangkumi 4 subjek yang korang ambil dalam aliran sains, ekonomi dan sastera tuh kena habis baca dalam masa 6 bulan! 6 bulan okay? agak-agak sempat tak?
  • Masih pakai pakaian seragam sekolah, bezanya colour seluar dan kain je yang lain, blue black atau black. ikut sekolah.
  • Kena bayar kalau nak repeat, kalau korang gagal satu subjek dalam STPM ni kalau tak repeat hancus lah korang punya gred CGPA. sebabnya CGPA ni dia akan tambah result STPM korang dari sem 1 hinggalah ke sem 3. contoh lah, sem 1 korang dapat A untuk semua subjek so result CGPA korang tuh adalah 4 flat. misal kata kalau korang dapat sem 2 ada B ada C ada D, hahh ! mmg mempengaruhi sangat lah. kalau korang dapat subjek BM A untuk sem 1 maintain lah sampai sem 3 baru lah pointer tuh xberubah. contoh macam result una pengajian perniagaan una sem 1 B+ sem 2 A- sem 3 B+ result akhir tetap una dapat B+ so sayangkan? kena maintainkan okay?
  • PBS ni paling killer.. hahaha.. kami tak tahan sebab setiap satu sem ada kerja kursus yang berbeza. kena keluar duit sikit dan kena jalan keluar berhadapan dengan orang untuk dapatkan maklumat berkaitan kerja kursus yang korang buat. dan boleh tak tidur beberapa hari di sebabkan kerja kursus ni ",)
okay kesimpulannya, mmg ramai kata tingkatan 6 ni banyak yang buruk daripada yang baik sebab apa? sebab susah. bukan lah macam tuh sebenarnya. bagi una mmg susah tapi bila korang dah masuk tingkatan 6 dah belajar korang akan faham situasi dia macam mana. mmg lah tak fofular.. orang tanya "eih, kau beljar mana?" jwb dia "aku belajar dekat universiti sekarang and so bla..bla..blaa" bile orang tanya una "eih, buat ape skrg? belajar apa?" una dengan senang hati jawab pelajar STPM. then mula lah dengar mulut-mulut tak sedap berkata betapa rendahnya mereka pandang tingkatan 6 ni. jangan pandang rendah.. tak baik lah :) yang penting nak seribu daya tak hendak seribu dalih. ingat tuh ^_^ hahh , nak tips cara belajar di form 6, jom baca entry nie --> Cara belajar dalam STPM untuk sistem baru

Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

TIPS : Cara belajar dalam STPM untuk sistem baru

Assalammualaikum and hai blogger! okay hari ni una nak share sikit dengan korunk semua macam mana cara kita nak belajar dalam STPM iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dgn sistem yang baru iaitu mengikut penggal. una adalah salah seorang pelajar yang di lahirkan daripada STPM ni dan alhamdulillah keputusan tidak lah mengecewakan. oleh itu, una nak share dengan korunk sikit lah cara nak berhadapan dengan situasi menjadi seorang pelajar tingkatan 6 ni untuk adik-adik yang bakal lanjutkan pelajaran dalam tingkatan 6 dan sedang menghadapi situasi tingkatan 6 so lets start!
PENGALAMAN TINGKATAN 6
Pertama : Belajar di tingkatan 6 bukan lah susah mana pun sebenarnya, yg menjadikan susah tingkatan 6 tuh di sebabkan our minded yang kata benda tuh susah dan susah. keptusan SPM una tidak lah boleh di banggakan sgt sebenrnya. orang kata cukup-cukup makan je dan yang paling mengecewakan ialah una salah mohon! hahahaha.. una xmhon poli. yes! menyesal T_T haha.. tapi tak apa. mungkin tak ada rezeki kan? jadi alhamdulillah di terima masuk tingkatan 6. hari pertama yang agak layu jugak ye. sebab hati tak rela ",) hahaha. dan fikiran mula melayang-layang boleh ke survive dalam tingkatan 6 ni kan? ramai kata susah n so bla.. bla..blaa~ banyak lah yang una fikir sampai pecah kepala! *okey itu tipu* huhu. 

Kedua : Bermulalah minggu orientasi dan dengan rasminya menjadi pelajar tingkatan atau lebih famous gitu kata Pelajar Pra-Universiti.. hikhik.. jangan main-main dengan pelajar STPM ni tau. ramai juga yang una dengar mengata tentang tingkatan 6.. sebenarnya belajar di mana-mana semua sama ^_^ matriks ke stpm ke universiti ke dalam negara ke luar negara ke semua sama.. satu tujuan iaitu menuntut ilmu. betulkan? STPM ni mmg hati kena betul-betul kental nak pula sistem baru yang ade penggal ni. belajar untuk 3 semester je.. dannnn! 1 semester tuh hanya ade mase 6 bulan je nak struggle.. huishh *lap peluh* jadi jom una share dengan korunk tips yang mungkin berguna untuk tempuh tingkatan 6!

TIPS-TIPS
  1. Redhakan hati anda dan terima keputusan yang anda dapat dengan hati yang cukup tenang.
  2. Tetapkan nawaitu "aku masuk tingkatan 6 sebab nak berjaya! lagi selangkah je aku nak masuk U sambung ijazah" aamin..
  3. Bijak menyesuaikan diri. sebab apa? korang akan pakai baju sekolah balik. tak smart gitu tapi ingat! nawaitu dah tetapkan tadi. jadi sarung ajelah uniform tuh dulu. peraturan sekolah pun kene ikut macam biasa! huhu. 
  4. Berkomunikasi dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu sebab dekat tingkatan 6 ni nanti korang akan berjumpa dengan pelajar dari tempat lain. cikgu-cikgu juga baru-baru belaka melainkan korang mmg ex-student sekolah tuh dulu.
  5. Masuk je sem 1 silalah buat nota dengan kadar segera. buat awal-awal. sambil tumpukan perhatian apa cikgu ajar buat lah nota sikit-sikit. catat apa yang penting. apa yang keluar dari mulut cikgu korang silalah ambil perhatian.
  6. Sila tutup laman sosial, telefon atau seangkatan dengannya seminggu sebelum exam dan sepanjang korang exam. serius yang ini mmg berkesan. kalau xpercaya korang boleh cuba. simpanlah segala gadget korang dalam kotak ke plastik ke selit bawah katil pun boleh ",) huhu. *gurau* lepas tuh boleh on balik dan update status "dah habis exam" "STPM membunuh diriku" hehe.. biasa lah lepas stress katanya kan? una pun remaja. kadang-kadang rajin je.. kadang-kadang malas ",)
  7. Kerja Kursus dan assignment anda! SIAPKAN! jangan tangguh-tangguh.. yang ini paling extreme stress.. sepanjang tingkatan 6 kerja kursus lah yang dah bagi banyak sangat tekanan dekat una. sebab apa? kerja kursus buat una xtidur seharian ",) tapi tak apa melatih diri nak tempuh dunia universiti nantikan? sabar kata ko..!
  8. Belajar tak kira masa. disebabkan masa yang sangat singkat mmg memaksa korang untuk belajar secepat yang mungkin. bayangkan buku yang tebal setebalnya tuh korang kena habiskan dalam masa 6 bulan sahaja ",) setiap satu sem kena ganti buku baru. 
  9. usaha dan terus usaha. yang ini paling penting ^_^ tiada usaha keputusan yang dapat setimpal lah dengan apa yang dah korang usahakan. 
  10. Berdoa dan tawakal. itu jalan terakhir yang korang perlu buat dan usaha, berdoalah. dan terus bertawakal in shaa Allah, Allah akan bagi yang terbaik untuk korang. aamin
NOTA :
nak masuk tingkatan 6 hati kena kuat. tetapkan matlamat. jangan main-main. STPM mmg susah tapi kalau usaha dan rasa seronok takkan ada langsung perkataan susah. percayalah. kuatkan semangat in shaa Allah korang berjaya. una juga pelajar tingkatan 6. Alhamdulillah una dapat jugak CGPA yang memuaskan hati. Sekarang tengah tunggu universiti memanggil. doakan una ya supaya dapat sambung belajar! aamin. anything nak tahu tentang tingkatan 6 boleh komen dkat entry ni ^_^ in shaa Allah una akan always share tips untuk orang berjaya tempuh dunia tingkatan 6! GOOD LUCK <3

Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

TUTORIAL : Navigation atas header macam Kemetot Chomel

Assalammualaikum bloggers sekalian.. okey tadi ada yang tanya una macam mana nak buat navigation macam una.. kita letak atas header.. actually bukan navigation je kita boleh letak dekat bahagian header tuh tapi code ni juga boleh guna untuk letak icon social network.. so lets start guys!
STEP 1 :
Log in ur Blogger Dashboard. Then sila cari 'Layout' then korunk click 'Add A Gadget' then sila search for the HTML/JavaScript. okey, dah selesai? now copy paste this code :

STEP 2 : 

<div class='clear'></div>
<div class='widget html' id='html1'>
<div class='widget-content'>
<script type="text/javascript">
function MM_swapImgRestore() { //v3.0
var i,x,a=document.MM_sr; for(i=0;a&&i<a.length&&(x=a[i])&&x.oSrc;i++) x.src=x.oSrc;
}
function MM_preloadImages() { //v3.0
var d=document; if(d.images){ if(!d.MM_p) d.MM_p=new Array();
var i,j=d.MM_p.length,a=MM_preloadImages.arguments; for(i=0; i<a.length; i++)
if (a[i].indexOf("#")!=0){ d.MM_p[j]=new Image; d.MM_p[j++].src=a[i];}}
}
function MM_findObj(n, d) { //v4.01
var p,i,x; if(!d) d=document; if((p=n.indexOf("?"))>0&&parent.frames.length) {
d=parent.frames[n.substring(p+1)].document; n=n.substring(0,p);}
if(!(x=d[n])&&d.all) x=d.all[n]; for (i=0;!x&&i<d.forms.length;i++) x=d.forms[i][n];
for(i=0;!x&&d.layers&&i<d.layers.length;i++) x=MM_findObj(n,d.layers[i].document);
if(!x && d.getElementById) x=d.getElementById(n); return x;
}
function MM_swapImage() { //v3.0
var i,j=0,x,a=MM_swapImage.arguments; document.MM_sr=new Array; for(i=0;i<(a.length-2);i+=3)
if ((x=MM_findObj(a[i]))!=null){document.MM_sr[j++]=x; if(!x.oSrc) x.oSrc=x.src; x.src=a[i+2];}
}
</script>
<div style='; position:absolute; top: 110px; left:350px;'>
<a href="URL LINK" target="_blank" >
<img src="URL GAMBAR"/></a>
</div></div></div>
<div class='clear'></div>

Nota Kecil :
Merah : yg ni kegunaan dia adalah untuk adjust posisi navigation korunk tuh samaada nak ke atas skit atau ke bawah sikit. kalau korunk increase px dia so dia akan semakin kebawah dan kebawah.. tau? kalau xfhm try dulu then review tgok apa beza kalau korunk adjust in different px. okay?
Oren : yang nie pun sama sama ada nak ke kiri sikit atau ke kanan sikit
Kuning : ini lah ruang untuk korunk letak link korunk contoh : aqupunyekesahbukankau.blogspot.com
Hijau : yang ni pulak url gambar yg korunk nak masukkan tuh. create lah dlu dkt phtoscape ke photoshop ke.
Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?