Obsession in PINK.. saya sangat suka warna PINK!

Assalammualaikum and Hello Blogger's//
Hai.. apa khabar semua? sihat? Alhamdulillah syukur pada Allah masih di beri peluang untuk bernafas.. jadi hari ini apa yang una nak sharekan bersama korang semua ialah tentang my obsession in PINK.. haha.. macam yang kita semua tahu semua ada warna kegemaran masing-masing kan? sama lah macam una.. tak tahu kenapa terlalu sukakan warna pink ni.. sampaikan semua barang yang una beli semuanya harus berwarna pink.. tapi una rasa lebih kepada aksesori.. pakaian una selesa pakai semua jenis warna.. sebab una suka cuba warna yang berbeza-beza setiap hari.. love to be colourful.. tengok blog una pun mesti korang dah boleh agak.. hehe.. dari dulu sampai sekarang.. kalau edit blog xpernah lari dari warna pink.. so, korang macam mana? suka warna apa? share sikit.. 

Bagi una warna pink ni bukan lah warna kegemaran wanita sahaja.. betulkan? ramai sangat lelaki yang kita tengok sama-sama minat warna pink.. bukan sebab mereka lembut ke apa, buang.. buang.. buangg that negative thinking! kita berhak nak suka warna apa pun.. sebab itu satu kepuasan! hehe.. so, sini meh tengok collection una yang berwarna pink colour~ huhu :




hehe.. All my stuff yang warna pinky minky.. una memang sangat2 mudah tertarik dengan warna pink.. pantang nampak.. so siapa peminat warna pink?? okay kita sama! sepppppp! una sertakan maksud personaliti kita melalui warna :
Emosi (Warna Diri - Merah Jambu)
Anda merupakan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran yang terbuka. Anda memahami perasaan orang lain dan begitu rasional dalam membuat sebarang keputusan yang lebih menguntungkan dan bertahan dalam jangka masa panjang. Anda juga seorang yang matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah. Anda tersendiri dan meminati bidang kreatif. Anda mempunyai kuasa membuat berbagai jenis perubahan demi perubahan yang drastik dan berterusan.
Gaya Berfikir
Individu-individu bertahap emosional bersifat imaginatif, inovatif, intuitif, artistik dan berfikir berasaskan visual. Mereka sangat bagus dalam kebolehan-kebolehan sintesis dan konseptual. Mereka juga mempunyai pandangan yang bersepadu dan lebih komprehensif di dalam apa-apa keadaan / situasi dan masalah. Mereka berkebolehan dalam membuat pertimbangan, mempunyai pandangan luas dan berfikir secara strategik. Mereka bagus dalam mengumpul, menggabung, membanding dan menyusun semula idea-idea yang membolehkan mereka melahirkan konsep-konsep yang unik dan dinamik. Mereka lebih suka bekerja secara bebas, mengikuti cara mereka sendiri berbanding melihat penyelesaian yang telah sedia ada dan sering mengambil risiko dan memecah tradisi yang menghalang / melembabkan kemajuan.
Elemen - Api;
Unsur - Oksigen;
Sifat - Sabar;
Golongan - Tariqat
so enjoy your colourful of life.. 

Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

5 comments:

  1. fifie suka pink jgk tapi x obses sgt lg laa.. hehe.. pinky is sweety..

    ReplyDelete
  2. hehehe..okay kite serupa.. xobses pun xpe.. tapi kita suka warna yang sama! huhu.. sep sikit..

    ReplyDelete
  3. Sy baru sedar yg i'm a pink lover too! Sepp sikit!

    ReplyDelete

Assalammualaikum and Hye to all Blogger. Harap anda tidak mengeluarkan sebarang bahasa yang kasar ATAU keterlaluan untuk di baca. Ada apa-apa pertanyaan? Sila komen sini.. =TERIMA KASIH=