Jom jadi AGENT TOPAP DENGAN YURAN SERENDAH RM10!!! TAWARAN HEBAT~

Assalammualaikum and Hello Bloggers//


nak cari duit tepi? jom lah join.. una sedang mencari agent topap yang mempunyai impian besar untuk berjaya. una nak bantu anda semua. nak kita sama-sama berjaya dalam bisnes. orang kata join bisnes topap ni rugi sebab untung sikit. TAPI... cuba fikir? topap ni kegunaan ramai orang.. mana-mana orang pergi mmg perlukan topap lagi-lagi kalau siapa yang gile internet tu. hehe.. jadi apa salahnya untung cket tapi berterusan? usaha lebih kita dapat lebih.. 

KEUNTUNGAN JADI AGEN TOPUP KAMI
  •  MARGIN KEUNTUNGAN YANG TERTINGGI DI PASARAN!
  • SAYA AKAN MEMBERIKAN PANDUAN YANG LENGKAP UNTUK ANDA MENDAPAT KEUNTUNGAN DARIPADA BISNES INI!

TIGA KEUNTUNGAN DALAM SATU BISNES!
  1. Menjual topap dengan kadar keuntungan yang tinggi!
  2. Mencari agent (sama seperti yang saya lakukan sekarang, anda join, saya daftarkan anda sebagai agen topup ) Yuran pendaftaran agen anda, anda berhak tentukan dan 100% milik awak bukan milik saya!
  3. Mendapat keuntungan daripada jualan agen-agen dibawah anda!
PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!


Una bagi diskaun pada korang! cepat-cepat sebelum terlambat. yuran pendaftaran serendah RM10!! mana nak dapatkan? cepat daftar dan bersama saya #geng_doublehhbiztop4

ANTARA PAKEJ YANG DITAWARKAN

PAKEJ 1

πŸ“’ MINI SERVER
Yuran pendaftaran RM450 
Promosi > RM100 free RM20 modal!!! ✨
πŸŽ‰Kelebihan Mini Server
- Kadar keuntungan celcom 5.5%, maxis 4%, digi 3.2%, Umobile 6%, tunetalk 5.5%, XOX 7%, clixter 8%, one xox 3.5%, bestmobile 5%, dan 60 produk lain - Boleh bayar bill postpaid, astro dan lain-lain
- Boleh daftar Master Dealer, Master Agen dan juga Agen Biasa secara PERCUMA! - Dapat jenama server.. Cth : DoubleHbiztop4 dan juga anda yang control server anda sndiri!
- Dapat tentukan % jualan downline
- Komisyen RM30 diberi sekiranya dapat taja Mini Server
- Cepat, Pantas dan Tepat!
- Boleh topap pakai sms, android aplikasi webservertopup dan juga we chat!



 PAKEJ 2
πŸ“’ MASTER DEALER
Yuran pendaftaran RM40 sahaja! 

πŸŽ‰ Kelebihan Master Dearler
- Kadar keuntungan celcom 5.0%, maxis 3.5%, digi 3%, Umobile 4.5%, tunetalk 5.0%, XOX 4.5%, italk 5.5%, marcentrade 3.5%, Njoi 2.5%, Digiid 2.5% dan banyak lagi product lain!
- Boleh bayar bill postpaid, astro dan lain-lain
- Boleh daftar Master Agen dan juga Agen Biasa secara PERCUMA!
- Yuran pendaftaran ditentukan oleh anda sendiri
- 100% yuran pendaftaran Masteragen dan Agen Biasa adalah milik anda sepenuhnya!!
- Cepat, Pantas dan Tepat!
- Boleh control webserver sendiri denfan mudah
- Boleh topap pakai sms, android aplikasi webservertopup dan juga we chat!



PAKEJ 3
πŸ“’ MASTER AGEN
Yuran pendaftaran RM30 sahaja!
πŸŽ‰ Kelebihan Master Agen
- Kadar keuntungan celcom 4.5%, maxis 3.0%, digi 2.5%, Umobile 4.0%, tunetalk 4.0%, XOX 4.0%, italk 5.0%, marcentrade 3.0%, Njoi 2.0%, Digiid 2.0% dan banyak lagi product lain!
- Boleh bayar bill postpaid, astro dan lain-lain
- Boleh daftar Master Agen dan juga Agen Biasa secara PERCUMA!
- Yuran pendaftaran ditentukan oleh anda sendiri
- 100% yuran pendaftaran Masteragen dan Agen Biasa adalah milik anda sepenuhnya!!
- Cepat, Pantas dan Tepat!
- Boleh control webserver sendiri dengan mudah - Boleh topap pakai sms, android aplikasi webservertopup dan juga we chat!



PAKEJ 4

 πŸ“’ AGEN BIASA
Yuran Pendaftaran RM10 sahaja! 

πŸŽ‰ Kelebihan Agen Biasa - Dapat jual topap kepada pelanggan dengan harga yang murah
- Kadar keuntungan Celcom 4.5%, Maxis 3.0%, Digi 2.5%, Umobile 4.0%, XOX 4.0%, italk 5.0%, tunetalk 4.0% dan banyak lagi product lain!
- Boleh control webserver sendiri dengan mudah
- Boleh topap pakai sms, android aplikasi webservertopup dan juga we chat!


JADI! macam mana? dah temui pakej yang berkenan di hati! jom PM una untuk maklumat yang lebih jelas! cepat guys sementara promosi masih berlangsungg!!


TERHAD!! PENDAFTARAN 10 AGENT SECARA PERCUMA! APAA??? PERCUMAA?? YAAA! PERCUMA! CEPAT GUY'S ISI TEMPAT KOSONG.. BUKAN AGENT BIASA TAPI MASTER AGENT YOU ALL'S!!!! CEPAT UNA NAK BANTU ANDA BERBISNES NI.. 

Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

Mango Malaysia Pilihan Muslimah Moden Terkini!

Assalammualaikum and Hello Blogger’s/
“MANGO”? apa tu? Buah manga? Opps! Haha. Bukanlah. Kalau anda semua peminat fesyen dengan brand terkini anda pasti tahu tentang brand “Mango”. Brand Mango ni merupakan brand antarabangsa yang semakin terkenal dalam Malaysia kalau nak tahu! Dan sekarang! Taraaaaa, Mango telah menjadi pilihan muslimah moden kerana koleksi pakaiannya yang cukup simple, sopan dan pastinya menepati citarasa para penggemar fesyen. 

Anda bertudung? Jangan risau. Baju daripada brand Mango ni sesuai untuk anda. Sebab apa? Sebabbbb, pakaian yang direka adalah dengan potongan yang longgar dan sopan. Jadi anda semua takkan ada masalah baju tuh sendat ke apa. Then, boleh lah korang nyanyi lagu “I believe I can fly” sambil mengibas-ngibas kan baju brand Mango anda tu. hahahah! Eih, dah ke lain pulak. 
Anda masih tak percaya? Jomm! Kita tengok koleksi baju daripada Mango. Cantik-cantik belaka dan yang pasti anda patut beli. Maghi-maghi kita lihat :

Ini adalah antara koleksi blouse dan kemeja Mango yang di perbuat daripada fabrik yang sangat berkualiti tinggi dan sesuai untuk digayakan ke pejabat mahupun untuk melakukan aktiviti-aktiviti kasual. Sangat simple, kemas dan cantik bukan?

Opps, bukan tu saja anda-anda semua. Mango juga turut menawarkan koleksi outwear seperti jacket, blazer, dan cardigan untuk menjadikan penampilan anda jadi lebih sempurna. Betul tak? Pakaian seperti ini sememangnya menjadi trend bagi muslimah moden waktu ini. Pemakaian cardigan memang sangat penting bagi mereka yang ingin kelihatan simple and easy-going! 
 

Bukan itu sahaja, Mango turut membawakan anda pilihan seluar yang selesa untuk anda tampil bergaya dengan imej Muslimah anda seperti koleksi harem pants, palazzo pants dan juga jeans yang selesa keluaran Mango dengan tawaran harga yang cukup berpatutan. 
 
So, apa tunggu lagi? Mana nak dapat semua ni? Huhu.. mesti anda semua tercari-cari kan? Bagi para wanita yang ingin menanmbahkan koleksi muslimah anda, anda boleh berkunjung di butik Mango berdekatan anda hari ini juga atau paling mudah, cepat dan banyak pilihan korang semua boleh buat pembelian di Mango online!

Hahh, menarik bukan? Ada banyak lagi pilihan selain daripada koleksi-koleksi pakaian yang una tunjuk tuh. So tunggu apa lagi Cepat-cepat shopping sakan! Lagipun dah nak raya. Mesti nak tambah koleksi baju baru-baru. Selamat bershopping anda semuaaa!


Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

DIET ATKINS! anda pasti kurus.. hee :D

Assalammualaikum and Hello Blogger's/

Ehem-ehem! hai semuaaa! harap semua pembaca hari ini di kurniakan kesihatan yang sangat baik! aamin.. dah baca tajuk? ahah! anda semua pernah dengar apa itu Diet Atkins?? okay, xtahu? xpe. meh baca info sikit tentang Diet Atkins :
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. 
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Untuk meringkaskan cerita Diet Atkins ni merupakan satu diet di mana kita mengurangkan pengambilan karbohidrat di mana kita hadkan dalam 20gm sahaja. Diet Atkins juga ada beberapa fasa. yang di mulakan dengan Fasa induction selama 2 minggu. untuk maklumat lebih detail korang boleh ke blog ni --> http://bicikut.blogspot.com/ banyak sangat maklumat berguna korang boleh peroleh untuk diet. Ramadhan dah makin menjelma,Syawal juga bakal menjelma! apa lagi kawan-kawan. Tak nak pakai baju cantik-cantik dan comel-comel? hehe..

una masih di fasa pertama, dan baru seminggu. Alhamdulillah dalam masa seminggu dah turun 4kg. Terkejut jugak tengok berat turun mendadak. Baju pun dah longgar sikit. Tapi aipp! jangan cepat berpuas hati. Tuh tengok gmbr atas tuh xtahu ade beza ke tak, sebab baru seminggu kan? Berat una reduce dari 74kg - 70kg. Tapi una sndiri dapt rasa  yang baju semakin longgar. Alhamdulillah, jadi sekarang una masih meneruskan misi. Nak sihatkan? Kena usaha lebih sikit. Badan una start naik sebab pengambilan ubat selama 6 bulan. wuu! lama kan? dan alhamdulillah, skrg dah stop ubat, Allah beri semula kesihatan yang baik. Syukur pada Allah, dan skrg! bermula lah misi nak dapatkan BMI normal. jom kawan-kawan mari sihat bersama una. hehe. 

TIPS PEMAKANAN SAYA

  • Sarapan - 2 biji telur rebus, air kosong
  • Makanan tengahari - Lauk ayam/ikan/daging dan disertakan dengan sayur, air kosong
  • Makan malam - Sup daging/ayam dan Tom yam daging/ayam sayur lebih! air kosong


Ini lah makanan una setiap hari, selama seminggu ini yang una amalkan. Badan kita dah lama makan sedap-sedap, makan benda yang menggemukkan. Berhentilah, dan cuba cari alternatif untuk sihat. Una sejak dari kecil badan besar. Harap una akan terus istiqamah. air jangan lupa setiap 25kg berat kita, bdn kita memerlukan 1 liter air. jadi kiralah berat korang dan minum lah air ikut berat bdn korang. Minum air kosong banyakk sangatt khasiat dia. Say BYE BYE pada cik karbo dan gula. 
SELAMAT BERJAYA rakan-rakan Diet. 


Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

Fuhh.. fuhh.. berhabuk blog saya~

Assalammualaikum and Hello Blogger's/
Okay.. gambar tiada kene mengena.. hehehe :D

hyeee semuaaaaa *lambai2 tangan* apa khabar? lama betul una tak update blog. alkisah semuanya sebab una sangat sibuk dengan aktiviti di universiti. next sem gonna be years 2 in UMK. sekejap je rasa. pejam celik dah setahun dekat bumi Kelantan! 

Dan macam-macam dah ilmu di timba di sini. Pelbagai aktiviti keusahawanan dijalankan di kampus kami baru-baru ni. Di sebabkan tuh juga una jadi semangat nak menulis blog semula. 

Dann.. taraaaa! my new look again. Kali ni kita guna TURQOISE and mix with COLOURFUL RAINBOW~ hehehe. Baru lah semangat nak mengupdate blog tuh datangkan? kihkih.. 

Okay lah. nanti kita update new entry! Meet your soon dear blogger's. Thanks pada Blogger's yang masih sudi follow dan give comment too me. Now, masa untuk jalan-jalan ke dunia maya! Selamat Kembali ke Dunia Blogger's ! hehehe :D



Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

Myinvitepay.com.. betul atau tidak?

Assalammualaikum and Hello Blogger's//
Hai semuaa? *lambai sikit* korang pernah dengar tak tentang Myinvitepay.com ni? actually una baru je dengar hari ni. kawan una yang introduce. una try search tentang web ni. apa yang una faham kita bekerja dengan diorang untuk promote diorang punya web. Duit pula di beri dalam bentuk USD. sekali sign up dapat 25USD bersamaan dengan RM85.00ringgit Malaysia. Ramai yang kata benda ni scam. Sekali klik pulak kita dapat 10USD. Una cuba nak uji kaji benda ni. Dia kata kalau dah sampai 500USD baru kita boleh cash out. Dia takkan minta Butiran peribadi korang. Macam no akaun ke ape ke. Just sign up je. Bila korang dah reach until 500USD baru ada form untuk withdrawal sama ada melalui cek, paypal atau bank in. soo, hari ni una nak try experiment sikit link ni. Pada yang sudi click link ni una sangat-sangat berterima kasih. Pada yang sudi beri pandangan pun terima kasih. Mana tahu program ni betul korang boleh join dan dapat jana pendapatan tanpa Produk. 
FOR SURE UNA NAK TEGASKAN! TIADA PAKSAAN SEBAB UNA JUST NAK UJI KAJI THIS PROGRAM. SO KALAU SUDI CLICK. TERIMA KASIH CHU'OLLS SEMUAA~
(link telah di padam kerana uji kaji dah berjaya,jangan mudah percaya dengan bisnes sekarang okay)

UPDATE : 28/2/2015 - 2:06PM
Uji kaji pertama.. Hasil click hari ini :
UPDATE : 28/2/2015 - 3.44PM
Jawapan :
Lepas una dah buat uji kaji baru una tau.. Laman web ni just scam. And please and please jangan percaya.. Una join sebab kawan una dah join so una nak cari kesahihan sendiri. Mana ada perniagaan yang xperlukan modal? Lepas tu just main click2 link. Jangan mudah terpedaya okay? Pastikan kita selidik dulu sesuatu perniagaan tu sebelum join. So now, pegi bagitahu siapa-siapa geng korang yang join benda ni. Una tercari-cari siapa yg pernah join benda ni n kebetulan ada kawan una komen di ruangan we chat una dan ini kata dia : 
Antara respon yang telah diberikan oleh kawan una.. tq guys for helping me find the answer
Ini pulak gambar yang unda dapat daripada research di internet pulak..
Nota bit bot :
So, moral of the story. Jangan buang masa :D sebab semua ni hanya scam. So don't trust this link. Kita nak cari duit boleh tapi kena betul-betul selidik tentang sesebuah perniagaan tuh supaya kita tidak di tipu dan di perbodohkan macam ni. BERHATI-HATI okay semuaa ^_^ May Allah protect all of us.. and sorry for those yang dah tekan link and sign up. TQ for giving some feedback to me. 

Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

Obsession in PINK.. saya sangat suka warna PINK!

Assalammualaikum and Hello Blogger's//
Hai.. apa khabar semua? sihat? Alhamdulillah syukur pada Allah masih di beri peluang untuk bernafas.. jadi hari ini apa yang una nak sharekan bersama korang semua ialah tentang my obsession in PINK.. haha.. macam yang kita semua tahu semua ada warna kegemaran masing-masing kan? sama lah macam una.. tak tahu kenapa terlalu sukakan warna pink ni.. sampaikan semua barang yang una beli semuanya harus berwarna pink.. tapi una rasa lebih kepada aksesori.. pakaian una selesa pakai semua jenis warna.. sebab una suka cuba warna yang berbeza-beza setiap hari.. love to be colourful.. tengok blog una pun mesti korang dah boleh agak.. hehe.. dari dulu sampai sekarang.. kalau edit blog xpernah lari dari warna pink.. so, korang macam mana? suka warna apa? share sikit.. 

Bagi una warna pink ni bukan lah warna kegemaran wanita sahaja.. betulkan? ramai sangat lelaki yang kita tengok sama-sama minat warna pink.. bukan sebab mereka lembut ke apa, buang.. buang.. buangg that negative thinking! kita berhak nak suka warna apa pun.. sebab itu satu kepuasan! hehe.. so, sini meh tengok collection una yang berwarna pink colour~ huhu :




hehe.. All my stuff yang warna pinky minky.. una memang sangat2 mudah tertarik dengan warna pink.. pantang nampak.. so siapa peminat warna pink?? okay kita sama! sepppppp! una sertakan maksud personaliti kita melalui warna :
Emosi (Warna Diri - Merah Jambu)
Anda merupakan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran yang terbuka. Anda memahami perasaan orang lain dan begitu rasional dalam membuat sebarang keputusan yang lebih menguntungkan dan bertahan dalam jangka masa panjang. Anda juga seorang yang matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah. Anda tersendiri dan meminati bidang kreatif. Anda mempunyai kuasa membuat berbagai jenis perubahan demi perubahan yang drastik dan berterusan.
Gaya Berfikir
Individu-individu bertahap emosional bersifat imaginatif, inovatif, intuitif, artistik dan berfikir berasaskan visual. Mereka sangat bagus dalam kebolehan-kebolehan sintesis dan konseptual. Mereka juga mempunyai pandangan yang bersepadu dan lebih komprehensif di dalam apa-apa keadaan / situasi dan masalah. Mereka berkebolehan dalam membuat pertimbangan, mempunyai pandangan luas dan berfikir secara strategik. Mereka bagus dalam mengumpul, menggabung, membanding dan menyusun semula idea-idea yang membolehkan mereka melahirkan konsep-konsep yang unik dan dinamik. Mereka lebih suka bekerja secara bebas, mengikuti cara mereka sendiri berbanding melihat penyelesaian yang telah sedia ada dan sering mengambil risiko dan memecah tradisi yang menghalang / melembabkan kemajuan.
Elemen - Api;
Unsur - Oksigen;
Sifat - Sabar;
Golongan - Tariqat
so enjoy your colourful of life.. 

Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

February Giveaway by Mellya and Friends

Assalammualaikum and Hye Blogger's//
Click banner untuk ke Blog Tuan tanah :D

Hai korang! jom cepat grab this oppurtunity.. join laju2! hadiah dia pun best-best.. tarikh tamat pun lama lagi tau! nak tau lebih lanjut laju2 terjah blog comel Tuan Tanah..

soo, syaratnya kita nak kene tag sorang tuk join, jadi una pick up randomly by cbox.. so una nak tag :


Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

TUTORIAL : Cantikkan comment box 2

Assalammualaikum and Hye Blogger's//



Hari ni, una nak buat tutorial untuk korang cantikkan kotak komen korang. cara-caranya ialah :

1.DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML > tekan ctrl + F dan cari code ini :
/* Comments
dah dapat cari kannn ? then nanti korang akan jumpa dengan anak-anakcoding dia kan ? delete je sume code yang ade kat bawah tuh then korunk ganty kan dengan coding baru yang una bagi ni :) okee ?
.h4 {
background:#fff;
text-align:center;
color:#fff;
text-shadow:2px 2px 3px #888;
font:30px ttn !important;
}
.comments {
-moz-border-radius: 10px;
-webkit-border-radius: 10px;
background: #ffffff;
border:0px solid #E0ECF8;
padding: 10px;
}
.comment-content{
background:#FEF3F3;
padding:13px;
border-radius:10px;
color:#666;
border:3px dashed #FEE8E8;
}
.datetime{
background:#fff;
padding:5px;border:2px solid #FEE8E8;
float:right;
border-radius:10px;
font:10px arial;
margin-top:10px;
}
.secondary-text{
padding:5px;
background:#fff;
border-radius:5px;
float:-left;
border-bottom:2px solid #FEE8E8;
}
.avatar-image-container{
background:#FFE2E2;padding:6px;border-radius:50%;
}
.avatar-image-container img{
-webkit-transition: all 0.8s ease-out;
-moz-transition: all 0.8s ease-out;
transition: all 0.8s ease-out;
border-radius:50%;
}
.avatar-image-container img:hover{
border-radius:50%;
transform: rotate(360deg) ;
-webkit-transform: rotate(360deg) ;
-moz-transform: rotate(360deg) ;
-o-transform: rotate(360deg) ;
-ms-transform: rotate(360deg) ;
}
.comments .comments-content .loadmore a {
border-top: 1px solid #FFF;
border-bottom:2px solid #FEC9C9;
}
.comments .comment-thread.inline-thread {
background-color: #FFF7F7;
}
.comments .continue {
border-top:2px solid #FEC9C9;
}
#comments {
height:300px;
overflow:auto;
}
Korang tweak code dia je ya untuk ubah background colour, or apa-apa pun. semoga membantu. kalau tak faham silakan bertanya una :D


Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

Keindahan FRIM, Kepong.. walk..walk.. canopy walk ~

Assalammualaikum and Hye blogger's//

Apa khabar orang kampung sekalian ! hehe.. semalam una menelajah ke FRIM, KEPONG! Tempat yang sangat-sangat indah. Dulu pun pernah pergi dah tapi tahun 2008.. hahaha! punya lama kot tuh kan? jadi bila sampai je kat FRIM tadi rasa macam woww! terkejut sekejap sebab banyak sangat dah berubah.. una pergi bersama dua orang rakan baik sejak sekolah menengah lagi iaitu wahida dan intan. sepatutnya ada empat tapi lagi sorang ada dekat kampung jadi tak dapatlah nak berkepit macam belangkas.. hehe :D

Nak di jadikan cerita una lupa FRIM tu tempat orang daki-daki bukit. dan yang paling seronok siap pakai skirt dan blouse segala bagai. haha. buat lawak pepagi buta dengan member. dan mula lah gelabah cari tandas berdekatan tukar baju! fuhh, nasib sempat tukar baju.. hehe.. gerak dari Bukit Sentosa pukul 7.30 mcm tuh. rempuh jem sana jem sini tunggu kawan adalah sampai dalam pukul 9.30 mcm tuh.

ini lah kawan-kawan gemok's sekalian! yang kiri tuh intan dan yg kanan wa, dan yg tgh2 tuh haruslah una :D

muka excited sebab dah sampai FRIM. nak masuk kene charge.. satu kereta RM5.00 dan RM1.00 per person. dan tiket untuk nak naik canopy walk bernilai RM5.00. 

Sampai je sini semangat cari tempat nak beli tiket canopy walk. berpusing sana sini okay kami semua. dari satu station ke satu station and at last jumpa jugak.. fuhh! 

Daki punya daki so, jumpa lah kami jalan untuk menuju ke CANOPY WALK. eih, tak sampai lagi tuh tau. baru buat pit stop dekat signboard je jadi muka masih segar.. peace!

dan peace lagi :D

hahhhhh.. yg ni hasil muka setelah kepenatan sesak nafas segala bagai.. peluh jangan cakap bagaikan air terjun membasahi diriku ini T_T

dan.. TARAAAAAAA! akhirnya berkat kesabaran.. Alhamdulillah.. berjaya sampai di titian CANOPY WALK.. dengan rasa riang kanak-kanak ribena senyum lebarnyaaa berjalan lah di atas titian tersebut.. 
dan sampai di platform melihat pemandangan kawasan KL.. mmg enjoy sangat!

tempat ni sangat sesuai lah bagi family yang nak luangkan masa bersama tu.. dapat isi cuti anak-anak dengan lakukan sukan yang bermanfaat macam ni.. keluarkan peluh pun yer.. bdn cergas pun yer.. dan yang penting ikatan silaturrahim antara keluarga atau rakan-rakan akan lebih erat! 

nak tahu lebih lanjut tentang FRIM, KEPONG.. meh terjah link dekat bawah ni -->>



Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

TUTORIAL : Horizontal Menu Bar

Assalammualaikum and Hye Blogger's//

Nampak x gambar di atas? Hari ni kita belajar tutorial nak buat horizontal menu bar/menu bar mendatar macam yang di atas ya. Jadi, jom mulakan :
  • Pertama korunk kene Sign in Blog dulu lah kan ? then pergi ke DESIGN > ADD A GADGET > HTML/JavaScript 
  • Then korunk copy & paste code dekat bawah ni okey?? 

<style>
.navi{
padding:5px;
display: inline-block;
font:11px verdana;
font-weight:bold;
text-align:center;
margin:2px;
color:white;
text-decoration:none;
letter-spacing:2px;
-webkit-transition-duration:0.5s;
}
.navi:hover{
background:#ffffba;
border-radius:5px;
text-decoration:none;
-webkit-transition-duration:0.5s;
color:black;
}
</style>
<center><div style="padding:3px;background:#fed5d5; width:980px;">
<a class="navi" href="URL LINK/">PERKATAAN ANDA</a>
<a class="navi" href="URL LINK">PERKATAAN ANDA</a>
<a class="navi" href="URL LINK">PERKATAAN ANDA</a>
<a class="navi" href="URL LINK">PERKATAAN ANDA</a>
<a class="navi" href="URL LINK">PERKATAAN ANDA</a>
<a class="navi" href="URL LINK">PERKATAAN ANDA</a>
<a class="navi" href="URL LINK">PERKATAAN ANDA</a>
</div></center>

  • OKAY! Dah selesai copy paste now save dan view blog korang. Kalau nak cantikkan navbar tuh korang ubah je mana yang una higlight kan tuh yer? :D semoga dapat membantu 

ungu : untuk bahagian backgroun navbar
hijau : untuk bahagian yang bila cursor sentuh link
kuning : bahagian lebar dan background luar navbar

NOTA BIT BOT :
Kena pandai mix and match tau! tq guys


Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

Assalammualaikum and Hello Blogger's


Jom join giveaway ni. Kot2 rezeki mana lah tahu. Boleh ramah tamah dengan blogger lain jugak. JOM3! Click je banner dekat atas untuk join. Esok dah date dia. sempat lagi tau! cepat3.. hehe..

Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?