TIPS : Repeat paper FORM 6? TAK PANDAI KE? NOPE! JANGAN MENGALAH!

Assalammualaikum and hello bloggers//

Hai semuaa! apa khabar? Sihat tak? una dapat banyak sangat soalan dari adik-adik tentang STPM ataupun lebih dikenali sebagai pelajar Form 6! TAHNIAH! una ucapkan pada yang berjaya melanjutkan pelajaran adik-adik semua ke universiti, politeknik, matrikulasi, form 6 dan sebagainya.

hahhh! jangan tau cuba membeza-bezakan setiap institusi yang kita pergi.

"eihh, kau pandai sebab tuh masuk U"
"eihh, form 6 tuh susah. Tak payah lah masuk. kang sijil tak laku!"
"eihh, sambung diploma lama ah. pastuh dh habis degree lagi. aduh banyak lah nak pinjam ptptn"

well, benda-benda ni memang akan selalu berkumandang di telinga kita bila tiba je musim keputusan UPU di umumkan. Adik-adik kena ingat tau, rezeki tuh Allah dah tetapkan sebaiknya untuk kita. Kita dapat U ke form 6 ke ape ke, semua sama, yang penting tuh usaha kita nak dapatkan kejayaan tuh. Jangan pernah rasa rendah diri dengan setiap apa yang kita peroleh. 

Eihh, terlajak kaunseling pulak. hehehe. Sebenarnya topik yang una nak cakap hari ni tuh dekat tajuk tuh. REPEAT PAPER FORM 6 SEBAB RESULT TAK CUN! Adik-adik jangan rasa rendah diri. Sekali kita gagal tak selamanya kita gagal. Dulu masa una form 6 kawan una repeat semua paper sem 1 dan sem 2. Sekarang alhamdulillah dia dah masuk U sambung degree tau. Una pun ada repeat paper jugak waktu form 6. Kadang ada orang repeat paper sebab dia nak naikkan pointer so jangan rasa rendah diri. Bukan kita tak pandai, cuma kita ni kena usaha lebih sikit je dari orang lain untuk dapat apa yang kita nak.

Ingat tau, terapkan kemahiran dalam diri, tingkatkan rasa insaniah dalam diri, yang penting pegang pada agama dan jangan jadikan pointer sebagai sandaran supaya semua orang sanjung tinggi pada kita. 3 pointer 2 pointer semua sama. Jadi manusia yang serba serbi boleh. Ada ilmunya, ada kemahirannya dan ada agamanya yang paling penting. 

Setakat awok dapat 3 pointer ke atas hasil tiru assignment kawan, tiru jawapan masa exam, passing assignment awok kat orang lain tuh jangan haraplah yer. Nanti awok masuk dalam alam pekerjaan awak merana nanti orang suruh tuh tak reti orang suruh ni tak reti. 

Apa-apa pun, kalau kita kena duduki peperiksaan ulangan jangan rasa rendah diri tau. kita tahu kemampuan kita. Biar orang nak kata tak pandai ke apa sebab asyik ulang je. Hahh, ingat tak waktu kita masih bayi, nak belajar berjalan, jalan terkedek-kedek, satu dua langkah oppss terjatuh tersungkur tergolek tau lepas tuh baru lah kita pandai berjalan dengan machonya sebabnya! kita buat benda tuh berulang-ulang. Dah jatuh mesti kita nak bangun lagi kan? Sampai kita berjaya. so macam tuh lah kita dengan kehidupan :D dan juga pelajaran.

JANGAN PERNAH PUTUS ASA TAU! YAKIN BOLEH :) SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT ADIK-ADIK :D AAMIIN.....
 

Hai! Selamat membaca. Jangan lupa tinggal komen ya?

1 comment:

  1. Saya kena repeat nnti paper...harap sya tabah macam awk...lpas repeat semua dpr brapa pointer?

    ReplyDelete

Assalammualaikum and Hye to all Blogger. Harap anda tidak mengeluarkan sebarang bahasa yang kasar ATAU keterlaluan untuk di baca. Ada apa-apa pertanyaan? Sila komen sini.. =TERIMA KASIH=